LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Jawatan : PEMBANTU AKAUNTAN
Taraf Jawatan : Tetap
Gred Jawatan : W17
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2399.46
Bidang Tugas :
Mengurus perakaunan dan pengurusan kewangan Pertubuhan Peladang (PP) atau melaksanakan kerja pengauditan ke atas atau melaksanakan tugas-tugas kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang. Pelaksanaan tugas tertakluk kepada penempatan.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta kepujian dalam subjek matematik pada peringkat peperiksaan
tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira)atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan)atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada ploiteknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T9);
dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang dikitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah menghadiri Kursus Induksi dengan jayanya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengemukakan “RESUME” (Data-data peribadi) yang disertakan dengan salinan sijil-sijil akademik / transkrip, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan kedua ibu bapa (yang telah disahkan) penama untuk rujukan, sekeping gambar berukuran passport, nombor telefon untuk dihubungi serta menulis nama jawatan yang dipohon disebelah penjuru kiri sampul surat.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
TINGKAT 8, BLOK D, BANGUNAN KWSP,
KARUNG BERKUNCI 157
88995 KOTA KINABALU, SABAH.
Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan perunutkan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Hanya calon yang Berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 OKTOBER 2008